Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kredit utiliti bagi sekitar 1.2j isi rumah

Aug 27, 2022 | 5:30 AM
Jamal Abdillah
Jamal Abdillah - ESPLANADE - THEATRES ON THE BAY

SEKITAR 1.2 juta isi rumah warga Singapura yang tinggal di perumahan awam dan privet akan menerima $100 Kredit Utiliti Isi Rumah yang diberi sekali menjelang bulan depan.

Semua isi rumah dengan sekurang-kurangnya seorang rakyat Singapura dan tinggal di hartanah kediaman di sini layak menerima kredit tersebut, yang akan diagih langsung kepada akaun utiliti Perkhidmatan SP mereka menjelang bulan depan, kata Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan semalam.

Kredit tersebut merupakan sebahagian daripada pakej bernilai $1.5 bilion yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, Jun lalu bagi membantu keluarga berpendapatan rendah serta kumpulan rentan semasa inflasi sejagat yang meningkat.

Bayaran $100 diberi sekali dibuat jelang Sep

Ia boleh digunakan untuk membayar bil Kumpulan SP.

Isi rumah yang diberi bil berasingan bagi elektrik oleh peruncit lain boleh menggunakan kredit tersebut bagi bayaran Kumpulan SP lain seperti air, gas dan pembuangan sampah.

Kredit berlebihan di akaun Kumpulan SP akan digunakan bagi bayaran bil utiliti akan datang, sehingga ia digunakan sepenuhnya.

MOF berkata Kredit Utiliti Isi Rumah diberi sebagai tambahan kepada Baucar GST (GSTV) kekal - Skim U-Save, yang memberi manfaat kepada sekitar 950,000 isi rumah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Isi rumah HDB akan menerima U-Save mereka lebih seganda berbanding biasa bgi tahun kewangan (FY) 2022 menerusi skim GSTV biasa, dan Pakej Sokongan Isi Rumah yang diumumkan semasa Belanjawan 2022, tambah kementerian itu.

Secara keseluruhannya, isi rumah yang tinggal di flat HDB empat bilik akan menerima rebat yang nilainya mencecah sekitar lima bulan untuk utiliti mereka bagi tempoh FY2022, sedang mereka di flat tiga bilik akan menerima rebat bernilai sekitar tujuh bulan, kata MOF.

Bulan lalu, sekitar 950,000 isi rumah flat HDB menerima bayaran suku tahun Baucar GST (GSTV) - U-Save dan GSTV - rebat operasi perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC).

Rebat itu adalah sebahagian daripada skim GSTV yang dipertingkat dan Pakej Bantuan Keluarga Tambahan (HSP) yang diumumkan pada Belanjawan 2022.

Ia juga menyediakan bantuan berterusan dalam membantu membiayai GST dan kos perbelanjaan bagi golongan warga Singapura berpendapatan sederhana dan rendah.

Di bawah skim GSTV yang dipertingkat, hanya isi rumah yang layak akan menerima rebat GSTV-S&CC yang akan mengimbangi S&CC mereka antara 1.5 bulan dengan 3.5 bulan.

Rebatnya akan dibayar pada April, Julai, Oktober dan Januari.

Pada tahun kewangan 2022, isi rumah yang layak akan menerima jumlah U-Save yang digandakan.

Jumlah ini bernilai sekitar lapan bulan hingga 10 bulan bil api-air bagi isi rumah yang tinggal di flat satu bilik dan dua bilik HDB.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg