SEBUAH kren roboh di Penjuru, berdekatan Jurong East antara 10 dengan 11 pagi semalam.

Beberapa foto yang telah dikirim kepada The Straits Times (ST) oleh seorang pembaca menunjukkan sebahagian cabang kren berwarna merah dan putih tersadai di tanah, dikelilingi serpihan besi dan kayu.

Foto itu juga menunjukkan beberapa pekerja memantau dan berada di tempat kejadian.

Difahamkan tiada kecederaan dilaporkan.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata kepada ST bahawa mereka tidak dihubungi mengenai kejadian itu.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) telah dihubungi untuk mendapatkan komen menyusuli kejadian tersebut.

Dalam Laporan Kesihatan dan Keselamatan MOM terdapat 23 kematian yang berlaku di tempat kerja pada separuh pertama tahun lalu, 17 kematian di tempat kerja separuh pertama 2020 dan 13 kematian separuh kedua 2020.

Penyebab utama kematian tahun lalu adalah kemalangan kenderaan, dan kejatuhan dari tempat tinggi serta terkena barang yang terjatuh.

Terdapat 312 kes kecederaan berat yang dilaporkan berlaku di tempat kerja pada separuh pertama tahun lalu, 199 kes pada separuh pertama 2020 dan 264 kes pada separuh kedua 2020.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti