SEBUAH kren di tapak pembinaan telah runtuh di tapak pembinaan di Novena.
Seorang saksi memberitahu The Straits Times (ST) bahawa terdapat bunyian yang mendadak dan kuat di kawasan itu sekitar 8.40 pagi tadi (4 November).
Saksi tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Goh, berkata beliau ternampak seorang pengendali kren terperangkap di dalam kren itu yang terletak di tapak pembinaan di hadapan apartmennya.
Cik Goh, 33 tahun, berkata beliau melihat ambulans dan pegawai dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) di tempat kejadian.
Seorang pekerja dipercayai tercedera dalam kemalangan ini, katanya.
Pekerja yang terperangkap di atas kren telah turun dari kren itu selepas 20 minit, tambahnya lagi.
ST telah menghubungi SCDF dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) untuk maklumat lanjut.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg