Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kru kapal warga Filipina antara tujuh kes jangkitan Covid-19 baru: MOH

Oct 29, 2020 | 10:40 PM
TUJUH KES IMPORT: Kementerian Kesihatan (MOH) mengesan tujuh kes jangkitan Covid-19 baru pada Khamis (29 Oktober) yang kesemuanya kes import. - Foto FAIL
TUJUH KES IMPORT: Kementerian Kesihatan (MOH) mengesan tujuh kes jangkitan Covid-19 baru pada Khamis (29 Oktober) yang kesemuanya kes import. - Foto FAIL -

SEORANG anak kapal warga Filipina yang sampai ke Singapura bagi menaiki kapal yang berlabuh di sini adalah antara tujuh kes jangkitan Covid-19 baru yang dikenal pasti pada Khamis (29 Oktober).

Menjelaskan demikian dalam kenyataannya, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata lelaki berusia 52 tahun itu merupakan pemilik pas khas.

Selain daripada individu ini, tiga kes import lain termasuk dua warga Singapura dengan sejarah perjalanan dari India dan seorang pemegang pas tanggungan dengan sejarah perjalanan dari Switzerland.

Lagi tiga kes import adalah pemegang permit kerja yang bertugas di Singapura dan mempunyai sejarah perjalanan dari Indonesia dan Filipina.

Tiada kes masyarakat dan dormitori dikesan hari ini.

MOH juga memantau kelompok jangkitan Covid-19 yang ada kini bagi mengelakkan jangkitan lanjuutan.

Memandangkan tiada lagi kes berkait dengan kelompok di Avery Lodge Dormitory (2D Jalan Papan) dan Jurong Penjuru Dormitory 2 (36 Penjuru Place) bagi dua tempoh inkubasi selama 28 hari, kedua-dua kelompok ini kini ditutup.

Dalam pada itu, sembilan kes sudah dibenarkan pulang dari hospital dan kemudahan pengasingan masyarakat.

Sebanyak 37 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg