Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sertai bengkel Mencari Kristal

Aug 16, 2016 | 10:39 AM
MENCARI KRISTAL: Para peserta peraduan cerpen terdiri daripada penulis muda dan mapan mengikuti bengkel yang dibimbing Encik Hassan Hasaa'Ree Ali, di Berita Harian pada Sabtu lalu. - Foto JOHARI RAHMAT
MENCARI KRISTAL: Para peserta peraduan cerpen terdiri daripada penulis muda dan mapan mengikuti bengkel yang dibimbing Encik Hassan Hasaa'Ree Ali, di Berita Harian pada Sabtu lalu. - Foto JOHARI RAHMAT -

ANDA ingin memasarkan hasil karya kreatif anda tetapi tidak pasti jika ia memenuhi cita rasa pembaca hari ini?

Atau, anda ingin mengetahui teknik terbaik untuk 'menghidupkan' watak-watak yang anda jelmakan dalam karya anda?

Ataupun, anda ingin mengirimkan manuskrip kepada penerbit tetapi tidak pasti sama ada ia mampu menawan hati dan perhatiannya?

Jika ini merupakan antara persoalan yang anda hadapi sebagai penulis, mengapa tidak sertai tiga bengkel penulisan kreatif yang dianjurkan secara eksklusif oleh Berita Harian?

Bengkel ini yang merupakan sebahagian daripada program Mencari Kristal, menampilkan penulis generasi baru dari luar negara: penulis skrip dari Indonesia, Cik Henovia Rosalinda Caniago, penulis biografi Indonesia, Cik Alberthiene Endah Kusumawardhani, dan penerbit Malaysia, Encik Amir Muhammad.

Bayaran $55 dikenakan bagi setiap bengkel, namun promosi istimewa ditawarkan bagi pakej tiga hari merangkumi tiga bengkel ditawarkan dengan harga $88.

Butiran lanjut tentang bengkel dan pendaftaran disediakan di laman http://www.beritaharian.sg/mencari-kristal/bengkel

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg