Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kucing mati selepas jatuh dari tingkat 11

Jul 30, 2018 | 4:16 PM
USAHA MENYELAMAT GAGAL: SPCA menerima panggilan kecemasan berhubung seekor kucing yang terperangkap di tingkat 11 sebuah flat HDB.
USAHA MENYELAMAT GAGAL: SPCA menerima panggilan kecemasan berhubung seekor kucing yang terperangkap di tingkat 11 sebuah flat HDB. - Foto SCREENGRAB FROM TWITTER/@NASYRANN_

SEEKOR kucing yang jatuh dari tingkat 11 sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Jurong mati semalam (29 Julai).

Menurut Persatuan Cegah Kekejaman Ke Atas Binatang (SPCA), mereka menerima panggilan kecemasan berhubung seekor kucing yang terperangkap semalam dan mengerahkan seorang pegawai penyelamat haiwan ke tempat kejadian di Blok 733 Jurong West Street 73 sekitar 6.30 pagi.

Namun, tidak jelas sama ada kucing itu kucing liar atau haiwan peliharaan.

Selepas menilai keadaan, pegawai itu segera cuba menyelamatkan kucing tersebut menggunakan jaring, pilihan terbaik menurutnya ketika itu.

Menerusi satu video yang dimuat naik ke laman Twitter, kucing itu dilihat bergelut sebelum terjatuh ke luar dari jaring itu dan terus ke tingkat bawah.

Meskipun kucing itu masih hidup selepas itu, SPCA mengesahkan bahawa ia mati beberapa minit kemudian.

Menerusi satu kenyataan, pengarah eksekutif SPCA, Dr Jaipal Singh Gill, berkata SPCA kesal dengan kematian kucing itu.

"Usaha menyelamatkan haiwan di bangunan tinggi mempunyai risiko yang besar dan pegawai kami mengambil kira pelbagai pilihan sebelum sebarang percubaan menyelamatkan dijalankan," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg