Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kucing terjatuh dari pokok, mak cik berkerusi roda terkejut lalu...

Oct 12, 2023 | 2:04 PM
OPOCOT!: Orang yang lalu-lalang terkejut apabila kucing jatuh hampir tiga meter dari pokok.
OPOCOT!: Orang yang lalu-lalang terkejut apabila kucing jatuh hampir tiga meter dari pokok. - Foto TIKTOK/IWANTRETIRE

Berdebar-debar orang ramai melihat seekor kucing bergayut di dahan pokok yang tinggi di sebuah estet perumahan.

Dalam satu video yang dimuat naik di TikTok, kucing itu kelihatan seperti berada dalam bahaya.

Tidak diketahui bagaimana kucing yang berwarna hitam putih itu tersangkut di pokok.

Beberapa orang yang lalu-lalang berhenti melihat kucing itu tersangkut tetapi tidak ada yang dapat berikan bantuan.

Seorang lelaki dalam lingkungan usia 50-an tahun berdiri di bawah pokok sambil menepuk-nepuk tangannya, seakan inginkan kucing itu jatuh ke arahnya supaya dapat diselamatkan. 

Akhirnya, kucing itu terlepas dari dahan runcing yang digenggamnya lalu terjatuh tergolek ke tanah dari ketinggian sekitar tiga meter.

Mujur, kucing itu kelihatan tidak cedera dan terus bangun dan ingin melarikan diri. 

Antara orang yang menyaksikan aksi kucing jatuh tadi ialah seorang mak cik berkerusi roda.

Sejurus kucing jatuh, beliau pun bangun dan bergegas jalan menuju ke kucing untuk melihat keadaan kucing itu.

Beliau kedengaran berkata : “Tengok kita nak tolong dia, dia lari pula…” 

Netizen yang menonton video itu lega melihat nasib kucing yang terselamat, tetapi geli hati melihat keadaan mak cik yang boleh berjalan sebenarnya, walaupun berkerusi roda. 

View post on TikTok
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg