Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kumpul dana bagi kumpulan ekstremis: Pas kerja warga India tidak dilanjut

Jun 20, 2023 | 12:12 PM
TINDAKAN ISD: Baharudeen Sahul Hameed disiasat kerana disyaki ada kaitan dengan kumpulan ekstremis Popular Front of India (PFI).
TINDAKAN ISD: Baharudeen Sahul Hameed disiasat kerana disyaki ada kaitan dengan kumpulan ekstremis Popular Front of India (PFI). - Foto fail

Seorang pekerja warga India yang bekerja di Singapura dikesan mengumpul derma bagi kumpulan fundamentalis Islam, Popular Front of India (PFI), yang kini diharamkan.

Dalam respons kepada pertanyaan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD), berkata Baharudeen Sahul Hameed, merupakan seorang pemegang pas kerja di Singapura pada ketika itu, dan telah disiasat kerana disyaki ada kaitan dengan PFI.

Meskipun beliau seorang penyokong PFI, tiada bukti yang menunjukkan beliau memberi ancaman kepada Singapura, dan beliau meninggalkan negara ini apabila pas kerjanya tidak diperbaharui, kata ISD.

“Siasatan ISD tidak menunjukkan sebarang maklumat yang menunjukkan Hameed memberi ancaman keselamatan kepada Singapura atau sumbangan yang dikumpulnya digunakan untuk tindakan keganasan.

“Menyusuli kaitannya dengan PFI, pas kerja Hameed tidak diperbaharui, dan dia meninggalkan Singapura pada 21 September 2022.”

Awal Jun, media India melaporkan bahawa Hameed didapati mengumpul dana bagi PFI dari Singapura dan tempat lain.

Dia diberkas sejurus dia mendarat di Madurai di Tamil Nadu, tambah laporan itu.

PFI merupakan sebuah kumpulan ekstremis yang diharamkan pemerintah India pada September 2022.

Sekitar 250 orang dikaitkan dengan kumpulan itu telah diberkas pada bulan yang sama, menurut laporan media.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg