Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kumpul ‘hongbao’ bertema naga, lihat pameran bertema BTS

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpul ‘hongbao’ bertema naga, lihat pameran bertema BTS

Jan 30, 2024 | 05:30 AM



Jadikan masa keluarga lebih istimewa dengan idea dan aktiviti berikut.

HONGBAO BERTEMA NAGA
PERCUMA

Ini adalah masa yang baik untuk ke muzium bersama anak-anak menjelang Tahun Naga yang hampir tiba.

Lebih daripada sekadar lawatan pendidikan, keluarga boleh mengumpul hongbao atau sampul merah bertema naga di 43 muzium, institusi warisan dan galeri yang mengambil bahagian dalam Kempen Hongbao Meja Bundar Muzium 2024 Lembaga Warisan Negara.


Setiap lokasi menawarkan set lapan keping yang direka oleh artis Colombia, Carlos Puentes hingga 9 Februari.

Tetapi orang ramai perlu mengambil perhatian tentang terma dan syarat pemberian yang berbeza.

Sebagai contoh, di Galeri Warisan Geylang Serai dan Galeri Maritim Singapura, orang ramai mesti menjawab kuiz selepas lawatan untuk mendapat satu set hongbao itu.


Di Muzium Angkatan Udara Republik Singapura, sampul merah itu dihadkan kepada 20 pengunjung pertama sehari.

Sertai peraduan di laman Facebook I Love Museums (www.fb.com/ILoveMuseums) dari 30 Januari hingga 6 Februari jika ingin mendapatkan set penuh sampul merah dengan 43 reka bentuk. 

Ketahui lebih lanjut di go.gov.sg/MRHongbao2024.

PAMERAN BERTEMA BTS







Bagi keluarga dengan anak remaja yang meminati kumpulan K-pop BTS, pameran baru di Pusat Sains Singapura pasti membuat golongan belia teruja.

Pameran BTS X James Jean: Seven Phases yang diadakan di Jerman dan Filipina pada 2023, akan berlangsung di sini hingga 25 Februari.


Zon pertama memaparkan ciri individu setiap anggota BTS melalui karya pelukis Taiwan-Amerika Syarikat, James Jean.

Di zon kedua, pengunjung boleh melihat trofi yang telah dimenangi kumpulan itu. Ini termasuk Video K-pop Terbaik Anugerah Muzik Video MTV untuk lagu mereka Boy With Luv (2019) yang menampilkan penyanyi dan penulis lagu Amerika Halsey.


Peminat juga boleh mengimbas kembali persembahan BTS apabila mereka melihat pakaian pentas dan mikrofon dari jarak dekat.

Tiket boleh didapatkan di Sistic dan Qoo10 pada harga $25 untuk kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah, dan $50 untuk orang dewasa.

Harga tiket itu merangkumi proses masuk ke Pusat Sains dengan pengunjung boleh meneroka pameran tetapnya seperti pameran unik Know Your Poo.


ARTBOX SINGAPORE 2024







Acara gaya hidup Artbox Singapore kembali dengan peluang beli-belah, persembahan dan permainan pada dua hujung minggu di Singapore Expo Dewan 2.

Keluarga yang terlepas pusingan pertama 26-28 Januari boleh ke sesi seterusnya dari 2-4 Februari, dari tengah hari hingga 11 malam.

Acara itu menawarkan sentuhan tempatan kepada Artbox Bangkok yang terkenal dengan konsep pasar malam kontena. Sejumlah besar jenama Thailand yang menjual makanan jalanan dan pakaian telah ke sini untuk menyertai edisi Singapura yang kelima ini.

Pengunjung juga akan menemui gerai yang memperkenalkan kopi serta makanan Korea, dan banyak lagi.

Ini juga merupakan peluang untuk menyokong perniagaan kecil Singapura. Anak-anak boleh melihat barangan yang direka oleh ilustrator tempatan dan mengambil bahagian dalam bengkel seperti melukis coklat.

Remaja berusia 13 tahun ke atas boleh mengambil bahagian dalam cabaran unik dan berpeluang memenangi $888.

Dengan setiap tiket masuk – harga bermula pada $7 – pengunjung juga boleh menikmati Nintendo Switch dan permainan realiti maya percuma atau menyanyi di kontena yang diubah menjadi bilik karaoke.

Lungsuri www.artbox.sg untuk butiran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >