Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kumpulan basikal agih habuan, dekati masyarakat

Mar 4, 2023 | 8:36 PM
DEKATI MASYARAKAT: Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), yang juga Penasihat Utama WGS, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (berkemeja, memegang troli), bergambar bersama sukarelawan ROH dan penerima habuan pada acara 'Faces of Hope' di Wisma Geylang Serai (WGS) pada Sabtu.
DEKATI MASYARAKAT: Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), yang juga Penasihat Utama WGS, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (berkemeja, memegang troli), bergambar bersama sukarelawan ROH dan penerima habuan pada acara 'Faces of Hope' di Wisma Geylang Serai (WGS) pada Sabtu. - Foto Ride of Hope

SEKITAR 60 habuan barang runcit bernilai $6,000 berjaya diagihkan kepada 45 penerima daripada badan Vision21 Welfare Society (Vision 21) dan Reforming Support Group (RSG). Habuan tersebut, setiap satu bernilai $100 dan mengandungi barangan seperti minyak dan biskut, diagihkan kepada penerima dalam satu acara 'Faces of Hope' (Wajah-wajah Harapan) anjuran kumpulan berbasikal Ride of Hope (ROH) di Wisma Geylang Serai (WGS) pada Sabtu. Menurut penganjur acara dan anggota ROH, Encik Mohamed Hassan, acara tersebut diadakan sebagai sebahagian daripada penglibatan masyarakat kumpulan itu dan bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba. Beliau menambah baki 15 habuan akan dihantar kepada penerima yang telah dikenal pasti. Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), yang juga Penasihat Utama WGS, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, hadir selaku tetamu terhormat dan mengagihkan habuan tersebut. Semasa berucap, beliau menyambut baik inisiatif kumpulan tersebut, di mana menurut beliau, kita harus saling "memberi harapan kepada semua". "Saya harap kita dapat teruskan usaha ini dan berikan sokongan kepada setiap individu," tambah beliau. Dalam pada itu, ROH juga pernah menganjurkan acara Dadah Itu Haram Youth Ride pada Mac 2022, dengan sokongan Masjid Hang Jebat. Acara itu melibatkan 40 belia mengayuh basikal sejauh 15 kilometer bagi menyebarkan mesej antidadah. Laluan berbasikal itu bermula dari Masjid Hang Jebat di Queenstown ke Koridor Hijau dan Spooner Road, sebelum kembali ke masjid.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg