Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kumpulan fokus pertama berlainan agama bincang isu radikalisasi belia

Feb 25, 2023 | 7:51 PM
Seminar Menentang Ekstremisme Ganas, anjuran Taman Bacaan, bersama Kumpulan Penjagaan Lanjut Antara Agensi (ACG) dan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), pada Sabtu melibatkan pemimpin daripada pelbagai agama.
Seminar Menentang Ekstremisme Ganas, anjuran Taman Bacaan, bersama Kumpulan Penjagaan Lanjut Antara Agensi (ACG) dan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), pada Sabtu melibatkan pemimpin daripada pelbagai agama. - Foto: DIYANA TAHA

MENJALIN kerjasama antara masyarakat berbilang agama, mendidik pelajar di sekolah dan mendekati pengendali permainan dalam talian.

Itulah antara cadangan yang dikemukakan dalam usaha menentang ancaman radikalisasi dalam talian melibatkan golongan belia.

Taman Bacaan Pemuda Pemudi Melayu Singapura pada Sabtu menganjurkan seminar, Menentang Ekstremisme Ganas untuk pemimpin berbilang agama bertajuk, Menentang Radikalisasi Dalam Talian Melibatkan Belia Demi Masyarakat Bersatu Padu.

Dianjurkan bersama Kumpulan Penjagaan Lanjut Antara Agensi (ACG) dan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), seminar itu bertujuan membincangkan langkah menyeluruh bagi mendekati masyarakat agar dapat memastikan radikalisasi tidak memecahbelahkan struktur sosial masyarakat di Singapura.

Sesi selama dua jam yang diadakan di pejabat Taman Bacaan di Jalan Damai itu dihadiri sekitar 15 pemimpin berbilang agama dan adalah perbincangan kumpulan fokus pertama bagi isu tersebut yang melibatkan pemimpin agama bukan Islam.

Salah seorang ahli panelnya ialah pengerusi RRG, Dr Ustaz Mohamed Ali.

Beliau menggesa agar masyarakat daripada pelbagai agama tampil dan bekerjasama untuk menangani ancaman radikalisasi yang tidak mengenal bangsa atau agama.

"Sekiranya anda melihat fenomena radikalisasi dalam talian itu sendiri, kita akan menemui bahawa tiada profil tunggal pada mereka yang menjadi radikal.

"Ia boleh datang di antara mereka daripada mana-mana agama, pekerjaan dan latar belakang pendidikan, tua, muda, kaya, miskin, lelaki dan wanita. Sesiapa saja boleh melakukannya," ujar Ustaz Dr Mohamed.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg