Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kumpulan pengganas JI terus jadi ancaman hingga hari ini: Shanmugam

Jan 25, 2022 | 5:30 AM
93ba7a86-c2fb-4488-8e27-e151318b7194
-

KUMPULAN pengganas Jemaah Islamiyah (JI) terus wujud sebagai ancaman kini, sekitar 20 tahun selepas anggota JI Singapura pertama ditahan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD).

Berkata demikian semalam, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, menarik perhatian kepada usaha JI yang terus merekrut anggota dan mengumpul dana serta cuba membina semula keupayaan tenteranya di Indonesia.

Tambahnya, terdapat juga laporan tentang JI menyerap masuk ke parti politik, agensi pemerintah dan pertubuhan masyarakat.

Ini merupakan sebahagian daripada strategi JI untuk memperluas jangkauan dan pengaruhnya, ujar beliau.

Dengan ancaman JI serta ancaman lain seperti Al-Qaeda dan ISIS, serta individu yang menjadi radikal sendiri dan pihak ekstremis sayap kanan, Encik Shanmugam menekankan pentingnya peranan yang dimainkan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dan Kumpulan Jagaan Lanjut Antara Agensi (ACG) serta rakan kerja masyarakat lain dalam melindungi masyarakat dan meningkatkan kesedaran tentang ideologi radikal dan ancaman pengganas di alam siber.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg