Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kumpulan pertama vaksin Sinopharm di S'pura tersedia mulai esok

Aug 29, 2021 | 5:30 AM
42429f8d-fbdc-41f9-9ce5-d39948d0b61c
-

KUMPULAN pertama vaksin Sinopharm bagi mengekang Covid-19 akan disediakan di beberapa buah hospital dan klinik bermula esok.

Orang ramai boleh membuat janji temu di salah sebuah klinik firma penjagaan kesihatan Clearbridge Health, Medic Surgical and Laser Clinic, di Tanjong Pagar Plaza dari semalam dan suntikan itu akan diberikan mulai esok.

Vaksin dari China itu berharga $98 bagi dua dos termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

IHH Healthcare Singapore - yang menawarkan vaksin Sinopharm di Hospital-Hospital Gleneagles dan Mount Elizabeth dan klinik-klinik Shenton Medical Group di One Raffles Quay dan Duxton - akan membuka janji temu mulai esok.

Vaksin itu akan disediakan di Hospital Gleneagles dan klinik Shenton Medical Group bermula Rabu, manakala Hospital Mount Elizabeth akan mula menyediakan vaksin itu dari 7 September.

Vaksin Sinopharm itu akan diberikan dalam dua dos, dengan jarak antara dos pertama dengan kedua adalah empat minggu. Ia diluluskan bagi kegunaan mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas.

Clearbridge Medical Group, yang mengendalikan Klinik Medic Surgical and Laser, menyatakan ia telah menerima kumpulan pertama vaksin itu secara langsung dari pengilang, katanya kepada The Straits Times (ST).

Vakisn Sinopharm merupakan vaksin keempat yang digunakan di Singapura. Ia diimport di bawah Laluan Akses Khas (SAR) seperti vaksin Sinovac, yang juga dari China.

Berbeza daripada vaksin yang diberikan di bawah rangka kerja Laluan Akses Khas Pandemik (PSAR), seperti vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna - yang disenaraikan dalam program vaksinasi nasional - pengguna vaksin di bawah SAR tidak diberikan subsidi pemerintah.

Mereka juga tidak dilindungi Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin, yang memberi sokongan kepada orang yang mengalami kesan teruk akibat suntikan vaksin Covid-19.

Laluan Akses khas itu membolehkan penyedia khidmat penjagaan kesihatan membawa vaksin tersebut yang disenaraikan di bawah Senarai Penggunaan Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sehingga Khamis lalu, sebanyak 70 peratus penduduk Singapura sudah selesai mendapat dua dos vaksin Covid-19.

Ini termasuk 85,390 individu yang mendapatkan vaksin di bawah Senarai Penggunaan Kecemasan WHO.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg