Kumpulan siswa M'sia ziarah BH untuk pelajari industri media
Premium
Kumpulan siswa M'sia ziarah BH untuk pelajari industri media
Feb 9, 2017 | 5:30 AM
LAWATAN DARI SEBERANG TAMBAK: Sekumpulan pelajar daripada Kolej Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bergambar bersama wartawan 'Berita Harian' semasa melawat bilik berita akhbar ini untuk mempelajari tentang industri media di Singapura, khususnya media Melayu. - Foto M.O. SALLEH -
SEKUMPULAN pelajar sarjana muda daripada Kolej Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Selangor, berpeluang mempelajari sedikit sebanyak tentang industri media Singapura, khususnya media Melayu, menerusi program pendekatan akhbar ini.
Sekitar 15 pelajar tahun pertama dan kedua daripada pelbagai jurusan termasuk mikrobiologi, kimia dan pengajian bahasa Inggeris itu telah berkunjung ke pejabat Berita Harian (BH) di SPH News Centre di Toa Payoh North pada Isnin lalu.

