Topik diikuti
Pergi ke BHkuKunjungan muhibah Zaqy ke pejabat baharu Pergas
Kunjungan muhibah Zaqy ke pejabat baharu Pergas
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Zaqy Mohamad, mengadakan lawatan ke pejabat baharu Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) pada 18 September.
Pergas dalam satu hantaran Facebook pada 20 September menyatakan bahawa lawatan Encik Zaqy, yang juga Menteri Negara Kanan (Pertahanan), ke bangunan lima tingkat Paradise@Pergas di Changi Road itu membuka ruang interaksi bermakna.
Ini di samping menjalin hubungan bersama Majlis Tertinggi Pergas dan kakitangan mengenai hala tuju masa hadapan pertubuhan itu.
Sesi lawatan itu turut dihadiri Presiden Pergas, Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid.
Pejabat Pergas sebelum ini terletak di Wisma Indah bersebelahan Masjid Kassim di Changi Road, sebelum ia berpindah ke tapak sekarang, baru-baru ini.
