Kurma dari AP bagi jemaah Ar-Raudhah, Al-Mukminin

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kurma dari AP bagi jemaah Ar-Raudhah, Al-Mukminin

Apr 15, 2021 | 5:30 AM

Kurma dari AP bagi jemaah Ar-Raudhah, Al-Mukminin

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
HADIAHKAN KURMA: Encik Murali, yang telah ke Masjid Ar-Raudhah kelmarin, mengagihkan kurma antaranya kepada kakitangan masjid tersebut sempena bulan Ramadan. - Foto MASJID AR-RAUDHAH
HADIAHKAN KURMA: Encik Murali, yang telah ke Masjid Ar-Raudhah kelmarin, mengagihkan kurma antaranya kepada kakitangan masjid tersebut sempena bulan Ramadan. - Foto MASJID AR-RAUDHAH -

SEBANYAK 6,000 set kurma ajwa dihadiahkan ke Masjid Ar-Raudhah dan Masjid Al-Mukminin kelmarin untuk diagihkan kepada para jemaah sedang masyarakat Islam Singapura menyambut kedatangan bulan Ramadan.

Kurma ajwa itu adalah sumbangan Anggota Parlimen bagi Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Bukit Batok, Encik Murali Pillai, yang mendapatkan bekalannya dari syarikat Tamar Madinah.

Beliau, yang juga merupakan penasihat kepada Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Bukit Batok, telah menyampaikan kurma itu kepada pihak masjid dan jemaah.

Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Encik Murali menyatakan beliau memberi sumbangan itu kerana mendapat tahu tentang erti dan sejarah di sebalik memakan kurma bagi orang Islam.

Memandangkan terdapat langkah pengurusan selamat, masjid kini hanya memberikan tiga kurma dan air kepada jemaah untuk berbuka puasa.

Justeru, beliau berharap pemberian kurma kepada jemaah ini akan berguna buat mereka.

"Itulah pemikiran saya, untuk menyokong rakan Muslim dalam melaksanakan puasa sewaktu keadaan sukar pandemik ini," ujarnya.

Encik Murali berkata penyesuaian yang dilakukan masyarakat Islam suatu yang baik sekali demi keprihatinan terhadap masyarakat Singapura.

"Jadi sementara mereka melaksanakan kewajipan keagamaan mereka, mereka juga dapat mengimbanginya dengan menghormati langkah pengurusan selamat. Ini suatu yang kita tidak patut ambil sambil lewa dan saya amat menghargai bahawa rakan dalam masyarakat Islam memahami. Ini adalah tanda penghargaan kecil dari saya," tambahnya.

Menyentuh tentang usaha ini, Pengerusi Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Mohamed Ali Atan, menyifatkan pemberian itu sebagai sesuatu yang mulia.

Ini, menurutnya, menunjukkan bahawa terdapat sokongan bagi masyarakat Islam dalam menjalani ibadah puasa lebih-lebih lagi dalam suasana pandemik Covid-19.

Berkongsi pemerhatiannya, Ustaz Ali berkata ramai jemaah di Masjid Ar-Raudhah tersentuh apabila menerima kurma ajwa tersebut daripada Encik Murali sekitar tengah hari kelmarin.

Kurma-kurma itu turut diagihkan kepada jemaah masjid tersebut pada waktu solat tarawih.

"Ini menunjukkan sebagai rakyat Singapura yang majmuk, berbilang agama dan bangsa, kita memainkan peranan untuk sama-sama menyatupadukan masyarakat supaya dapat hidup dengan aman," ujarnya.

Meskipun keadaan solat tarawih di masjid tahun ini terbatas, Ustaz Ali berkata beliau tetap bersyukur sekatan sudah dilonggarkan dan masjid dapat dihidupkan lagi berbanding tahun lalu.

Beliau menambah:

"Kami pihak masjid meminta kerjasama jemaah agar menjaga jarak sosial supaya kita dapat pastikan masjid kita dan jemaah kita selamat dalam menunaikan ibadah dengan tenang dan mendapat keberkatan dalam bulan ini."

SEKITAR RAMADAN:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg