Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kurma sudah tiba...

Mar 13, 2021 | 5:30 AM
BEKALAN BERKUALITI: Meskipun pandemik Covid-19 telah merumitkan proses mendapatkan bekalan kurma, Encik A Rahman Bahurudeen, pengerusi syarikat Al Barakah Health & Beauty Mart, berkata beliau berjaya membeli kurma berkualiti. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
BEKALAN BERKUALITI: Meskipun pandemik Covid-19 telah merumitkan proses mendapatkan bekalan kurma, Encik A Rahman Bahurudeen, pengerusi syarikat Al Barakah Health & Beauty Mart, berkata beliau berjaya membeli kurma berkualiti. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -

ANEKA kurma yang boleh dibeli di sini dalam tempoh pandemik ini dijangka berkurangan, tetapi sebahagian peniaga setempat berkata dengan perancangan teliti serta tempahan awal, mereka telah mendapatkan bekalan yang mencukupi sempena musim perayaan yang menjelang.

Permintaan bagi kurma di kalangan masyarakat Melayu/Islam biasanya meningkat menjelang Ramadan dengan sebahagian peniaga berkata penjualan meningkat hingga 60 peratus sempena bulan puasa berbanding bulan-bulan lain.

Tahun ini, umat Islam di sini dijangka mula berpuasa pada 13 April.

Pengerusi syarikat Al Barakah Health & Beauty Mart, Encik A Rahman Bahurudeen, berkata pihaknya tidak dapat mengunjungi ladang kurma di luar negara untuk memilih kurma yang bermutu tinggi sebelum membelinya.

Namun beliau berkata syarikatnya tetap berjaya mendapatkan bekalan kurma yang diingini.

"Permintaan bagi kurma biasanya akan meningkat menjelang Ramadan dan akan terus meningkat sepanjang Ramadan setiap tahun, dan saya jangka tahun ini tiada beza," ujar beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg