SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kursus dalam talian percuma dan geran $500 bagi bantu 1,000 lulusan pengajian tinggi dari keluarga pendapatan rendah

Kursus dalam talian percuma dan geran $500 bagi bantu 1,000 lulusan pengajian tinggi dari keluarga pendapatan rendah

Jun 22, 2020 | 7:12 PM

Kursus dalam talian percuma dan geran $500 bagi bantu 1,000 lulusan pengajian tinggi dari keluarga pendapatan rendah

Lulusan setiap seorang akan menerima geran $500 apabila mereka menyelesaikan kursus yang telah mereka pilih. - Foto LIANHE ZAOBAO
Lulusan setiap seorang akan menerima geran $500 apabila mereka menyelesaikan kursus yang telah mereka pilih. - Foto LIANHE ZAOBAO -

SEKITAR 1,000 lulusan pengajian tinggi dari keluarga berpendapatan rendah di sini akan meraih manfaat daripada dana baru berjumlah $500,000 yang ditubuhkan sebagai respons kepada pandemik Covid-19.

Dana itu dibangunkan oleh Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South West dan Koh Kock Leong Enterprise bersama dengan kerjasama platform pembelajaran mikro Gnowbe.

Lulusan yang layak akan diberi akses kepada kursus latihan dalam talian pilihan mereka di GnowbeLearn, iaitu sebuah perpustakaan bagi kursus bertauliah dan bersijil sesuai untuk pembelajaran pada peranti mudah alih.

Kursus itu bertujuan melengkapi mereka dengan kemahiran kritikal seperti pemikiran reka bentuk dan keusahawanan untuk membantu mereka meningkatkan peluang pekerjaan mereka.

Lulusan setiap seorang akan menerima geran $500 apabila mereka menyelesaikan kursus yang telah mereka pilih.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg