Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lagi 16 masjid sediakan dua zon solat Jumaat

Sep 21, 2020 | 6:25 PM
Jumlah keseluruhan ruang solat yang tersedia kini adalah sebanyak 15,225 tempat solat setiap minggu. - FOTO: CHONG JUN LIANG
Jumlah keseluruhan ruang solat yang tersedia kini adalah sebanyak 15,225 tempat solat setiap minggu. - FOTO: CHONG JUN LIANG -

LEBIH banyak ruang solat Jumaat akan disediakan mulai 25 September ini.

Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), sebanyak 16 masjid lagi akan menawarkan dua zon solat mulai Jumaat ini, menjadikan jumlah masjid yang menawarkan dua zon bagi solat itu kepada 40 masjid di sini.

Tambah Muis, jumlah keseluruhan ruang solat yang tersedia kini adalah sebanyak 15,225 tempat solat setiap minggu.

Secara keseluruhan, bilangan tempat solat di masjid tempatan meningkat sebanyak 17 peratus berdasarkan peningkatan ruang solat yang diumumkan Muis pada hujung Ogos lalu, iaitu sebanyak 13,000 tempat solat.

Masjid tambahan yang menawarkan dua zon solat Jumaat - di mana setiap zon menampung 50 jemaah itu adalah; Masjid Ahmad, Masjid Darussalam, Masjid Abdul Hamid (Kg Pasiran), Masjid Alkaff (Upper Serangoon), Masjid En-Naeem, Masjid Haji Yusoff, Masjid Hjh Rahimabi Kebun Limau, Majid Al-Amin, Masjid Al-Falah, Masjid Hajjah Fatimah, Masjid Jammae (Chulia), Masjid Jamiyah Ar-Rabitah, Masjid Omar Kg Melaka, Masjid Darul Aman, Masjid Kampung Siglap dan Masjid Kassim.

"Pendaftaran untuk sesi solat Jumaat pada 25 September tidak akan dilakukan antara jam 9 pagi dengan 10 pagi pada Selasa 22 September." kata Muis.

"Orang ramai boleh teruskan untuk menempah slot untuk solat harian ketika tempoh ini."

Pendaftaran untuk ruang tambahan akan disediakan mulai jam 10 pagi pada hari yang sama, jelas Muis dalam kenyataannya di Facebook pada Isnin (21 Sept).

Sementara itu, Muis memaklumkan bahawa mereka yang tidak berjaya mendapatkan slot dalam empat minggu terakhir (mulai 28 Ogos lalu) kini layak mendaftar untuk sesi solat Jumaat yang akan datang Jumaat ini menerusi laman https://ourmosques.commonspaces.sg atau aplikasi Muslim.sg.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg