Lagi 220K pekerja asing, pembantu rumah terima pelitup MaskForce
Premium
Lagi 220K pekerja asing, pembantu rumah terima pelitup MaskForce
870,000 pembantu rumah dan pekerja asing kini boleh terima kit pelitup
Apr 24, 2020 | 5:30 AM
USAHA MASYARAKAT: Penganjur MaskForce, Cik Sim Ann (barisan bawah, tiga dari kiri) dan Encik Yeo Guat Kwang (dua dari kiri), semalam, mengadakan panggilan video beramai-ramai untuk mengucapkan terima kasih kepada penderma. - Foto MASKFORCE -
LAGI 220,000 pekerja asing dan pembantu rumah kini boleh menerima pelitup menerusi projek MaskForce selepas penaja utamanya bersetuju menambah jumlah penerima keseluruhan semalam.
Seramai 870,000 pembantu rumah dan pekerja asing kini boleh menerima kit pelitup berisi dua pelitup guna semula dan satu pelitup pembedahan, kata penganjur.

