Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lagi 5 pusat ujian, vaksinasi bersama mula operasi

Jun 24, 2022 | 5:30 AM
- Foto BH oleh GAVIN FOO
- Foto BH oleh GAVIN FOO -

LIMA lagi pusat ujian dan vaksinasi bersama (JTVC) mula beroperasi semalam.

Pusat itu terletak di Ang Mo Kio, Bukit Merah (gambar atas), Sengkang, Woodlands dan Yishun, dengan kelima-limanya menawarkan dua jenis vaksin Covid-19 iaitu vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty serta Moderna/Spikevax, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Ini bermakna terdapat 10 JTVC di serata Singapura sekarang.

Selain lima pusat yang baru itu, terdapat juga JTVC di Bishan, Commonwealth, Jurong East, Kaki Bukit, dan Pasir Ris.

JTVC di Bishan menawarkan vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty dan Nuvaxovid Novavax.

MOH berkata orang ramai yang berumur 12 tahun dan ke atas boleh pergi ke mana-mana JTVC untuk mendapatkan dos vaksinasi atau dos penggalak mereka, tambah kementerian itu.

Kesemua 10 JTVC juga menawarkan khidmat Ujian Pantas Antigen (ART) dan ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR). Bagi ujian Covid-19, orang ramai boleh membuat janji temu menerusi laman web www.gowhere.gov.sg/testcentres.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg