Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lagi kes pegawai keselamatan diserang semasa bertugas

Aug 30, 2022 | 7:56 PM
DISERANG: Pegawai keselamatan, Encik Afinde, diserang di bahagian kepala dan belakang di dalam lif sebuah kondominium di kawasan barat pulau ini. - FACEBOOK KESATUAN PEKERJA KESELAMATAN
DISERANG: Pegawai keselamatan, Encik Afinde, diserang di bahagian kepala dan belakang di dalam lif sebuah kondominium di kawasan barat pulau ini. - FACEBOOK KESATUAN PEKERJA KESELAMATAN -

TERDAPAT satu lagi kes pegawai keselamatan diserang semasa menjalankan tugas. Menurut satu kenyataan Kesatuan Pekerja Keselamatan (USE) pada Selasa (30 Ogos), seorang anggotanya dikenali hanya sebagai Encik Afinde, telah ditugaskan di sebuah kondominium yang terletak di kawasan barat pulau ini pada Isnin (29 Ogos). Semasa beliau melakukan rondaan, Encik Afinde memasuki sebuah lif dan terserempak dengan penyerangnya. Penyerang itu kemudian menyerang pegawai keselamatan itu di bahagian kepala dan belakangnya. Penyerang itu juga mengeluarkan kata-kata lucah semasa melakukan serangan tersebut. Semua kejadian itu dirakam oleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Encik Afinde, dengan sokongan daripada pengurusannya, telah membuat laporan polis. Wakil USE turut melawatnya semalam dan memberinya beberapa hadiah dan baucar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg