Premium
Lagu 'High On Love' Taufik di Mesyuarat Menteri Asean
Oct 21, 2016 | 5:30 AM

KEMPEN ANTIPENYALAHGUNAAN DADAH: (Dari kiri) Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dari Malaysia; Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, dan Taufik Batisah berinteraksi selepas pembukaan Mesyuarat Menteri Asean mengenai Isu Dadah (AMMD). - Foto CNB -
SEMASA pegawai-pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) memintanya menulis sebuah lagu antidadah, beliau sedar ia bukan sesuatu yang mudah.
Ini kerana bintang popular, penyanyi dan juga penulis lirik Taufik Batisah tahu bahawa bagi menjadikan sesebuah lagu lebih bermakna, mesej yang ingin disampaikan tidak seharusnya terlalu jelas atau literal.

