SEBUAH lagun di Pulau St John's akan dibuka kepada orang awam bagi tujuan penyelidikan, pendidikan dan kegiatan pemuliharaan.
Sebelum ini, lagun yang dinamakan Bandera Bay (Tanjung Bandera) seluas 3.9 hektar itu tidak dibuka kepada orang ramai, lapor akhbar The Straits Times (ST).
Ia mengandungi sebuah lagun dan pelbagai jenis tumbuhan bakau, batu karang, rumpai laut dan habitat tepi pantai berpasir dan berbatu.
Namun akses ke kawasan berpagar itu hanya diizinkan menerusi program berjadual sahaja, sebagai sebahagian daripada usaha melindunginya.
Program itu akan dilaksanakan awal tahun depan, tertakluk kepada sekatan Covid-19.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg