Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Laluan hijau Koridor Rel dari Kranji ke MRT Hillview dibuka

Feb 11, 2023 | 5:30 AM
RANGKAIAN LALUAN HIJAU: (Dari kiri, barisan depan) Encik Gan Kim Yong; Cik Low Yen Ling; (dari kiri, barisan belakang) Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North West, Encik Alex Yam; Dr Vivian Balakrishnan; dan Encik Desmond Lee bergambar sempena pembukaan Koridor Rel - segmen sepanjang 6.3 kilometer dari Kranji ke stesen MRT Hillview. - Foto ST
RANGKAIAN LALUAN HIJAU: (Dari kiri, barisan depan) Encik Gan Kim Yong; Cik Low Yen Ling; (dari kiri, barisan belakang) Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North West, Encik Alex Yam; Dr Vivian Balakrishnan; dan Encik Desmond Lee bergambar sempena pembukaan Koridor Rel - segmen sepanjang 6.3 kilometer dari Kranji ke stesen MRT Hillview. - Foto ST -

KORIDOR Rel Utara merupakan ruang bermakna bagi orang ramai daripada setiap lapisan umur dan masyarakat untuk lebih mendekati alam semula jadi.

Laluan Koridor Rel dari Kranji hingga MRT Hillview itu dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, semalam.

Turut sama merasmikan ialah Menteri Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong; dan Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, semalam.

"Ruang ini memulihara warisan dengan mengekalkan unsur-unsur kereta api di sepanjang Koridor sambil mendekatkan rakyat Singapura dengan alam semula jadi dan rekreasi," ujar Encik Lee semalam.

Koridor Rel itu merupakan sebahagian rancangan untuk mewujudkan rangkaian laluan rekreasi sepanjang 360 kilometer di serata pulau, yang akan membolehkan setiap isi rumah tinggal dalam jarak 10 minit berjalan kaki dari taman menjelang 2030.

Encik Lee semalam menjelaskan bahawa Koridor Rel itu telah melibatkan pelbagai pihak termasuk The Friends of Rail Corridor.

"Mereka mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan bersama NParks (Lembaga Taman Negara) dan agensi pemerintah lain untuk menyumbang kepada pembangunan prasarana masyarakat dan kerja-kerja landskap di Koridor ini," tambah Encik Lee.

The Friends of Rail Corridor antara lain menganjur acara berjalan kaki berpandu di nod komuniti Stesen Kereta Api Bukit Timah.

Persatuan Alam Semula Jadi (Singapura) (NSS), dengan kerjasama NParks pula akan melaksanakan projek "menghidupkan semula" yang melibatkan pembiakan spesies asli yang ditemui di dekat Koridor Rel dan Pasir Panjang.

Lebih 1,300 pokok juga telah ditanam sepanjang laluan Koridor Rel sejauh ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg