Topik diikuti
Pergi ke BHkuLaluan kerjaya lebih jelas bagi sektor urus haiwan perosak
Laluan kerjaya lebih jelas bagi sektor urus haiwan perosak
Laluan kerjaya lebih jelas bagi sektor urus haiwan perosak
SUMBANGAN DIIKTIRAF: Presiden Halimah Yacob (kanan) beramah tamah dengan penerima Anugerah Bintang Khidmat Sekitaran (ES), termasuk penyelia di Horsburgh Integrated Services, Cik Rahmatunnisha Mohamed Abdul Karim (berbaju hijau), dalam majlis Hari Tenaga Kerja ES di Istana semalam.- Foto BM oleh KHALID BABA -
Dec 8, 2019 | 5:30 AM
PEKERJA sektor pengurusan haiwan perosak kini boleh mendapatkan maklumat lebih jelas tentang prospek kerjaya mereka dan kemahiran baru yang boleh diraih menerusi satu rangka kerja kemahiran.
Ini selepas Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), SkillsFuture Singapura (SSG) dan Tenaga Kerja Singapura (WSG) memperbaharui Rangka Kerja Kemahiran bagi Khidmat Sekitaran (ES) untuk merangkumi maklumat utama mengenai sektor itu, laluan kerjaya, pekerjaan dan peranan kerja, dan kemahiran masa kini dan baru.