Premium
Laluan Koswe ke JB berjalan lancar
Laluan masuk ke Singapura sesak pada sebelah pagi
Aug 3, 2014 | 6:00 AM
LANCAR: Keadaan lalu lintas di Koswe menuju Ke Johor Bahru sekitar 9 pagi semalam agak lengang. Bagaimanapun, lalu lintas masuk Singapura agak sesak. - Foto TUKIMAN WARJI -
KEADAAN trafik di kededua laluan masuk dan keluar Koswe ke Johor Bahru rata-rata berjalan lancar pada hari kedua kerajaan Malaysia memperkenalkan kadar tol baru yang lebih tinggi semalam.
Ramai pemandu mulanya menjangkakan koswe sesak setelah kekecohan berlaku kelmarin, apabila ada pemandu bas yang enggan membayar tol dan mengakibatkan kesesakan pada sebelah pagi.

