Premium
Laluan MRT Timur-Barat guna sistem isyarat baru
Peralihan berjalan lancar pada hari pertama semalam meski cuaca hujan
May 29, 2018 | 5:30 AM
PANTAU SISTEM ISYARAT BARU: Menteri Pengangkutan Encik Khaw Boon Wan mengunjungi Kemudahan Simulasi Isyarat Kawalan Kereta Api Berdasarkan Komunikasi (CBTC) apabila ia baru dibuka di Depoh Bishan pada 24 April lalu. - Foto ZAOBAO -
LALUAN MRT Timur-Barat (EWL) telah beralih ke sistem isyarat baru dan dilaporkan berjalan lancar pada hari pertamanya semalam meskipun cuaca hujan.
EWL adalah laluan lama kedua beralih ke sistem isyarat Kawalan Kereta Api Berdasarkan Komunikasi (CBTC) yang baru selepas Laluan Utara-Selatan (NSL) tahun lepas.

