Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Laluan MRT Timur-Barat rosak lagi, sebabkan kelewatan

Oct 27, 2016 | 10:16 AM
-

PERKHIDMATAN kereta api di Laluan Timur-Barat terjejas oleh kerosakan landasan pada pagi Khamis (27 Okt) di Bugis, menyebabkan penumpang mengalami kelewatan dan kereta api bergerak lebih perlahan dek sesak.

Ini gangguan keempat dalam seminggu di laluan MRT itu.

Pengendali SMRT menulis tweet pertama tentang kerosakan landasan pada 8.43 pagi, mengatakan penumpang perlu memberi masa tambahan 15 bagi perjalanan dari stesen Pasir Ris ke Bugis arah ke Joo Koon dan perkhidmatan kereta api masih terdapat.

Ia menulis satu lagi tweet 22 minit kemudian untuk memaklumkan kelewatan 20 minit di sepanjang Laluan Timur-Barat dari Pasir Ris ke Joo Koon.

Beberapa minit kemudian, masa tambahan perjalanan dikemas kini kepada 25 minit.

Namun, penumpang berkata kelewatan lebih lama daripada masa yang diumum.

Seorang penumpang berkata kereta api "berhenti setiap minit", makakala seorang lagi mengadu tersangkut di dalam kereta api hampir 30 minit.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg