Laman Haze Tracker dirombak dengan lebih banyak maklumat tentang jerebu

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Laman Haze Tracker dirombak dengan lebih banyak maklumat tentang jerebu

Oct 4, 2016 | 8:43 AM

Laman Haze Tracker dirombak dengan lebih banyak maklumat tentang jerebu

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Gambar yang diambil pada 30 Ogos lalu ini menunjukkan sebuah helikopter penmerintah Indonesia menjalankan misi pengeboman air bagi memadamkan kebakaran di wilayah Kampar, Riau.
Gambar yang diambil pada 30 Ogos lalu ini menunjukkan sebuah helikopter penmerintah Indonesia menjalankan misi pengeboman air bagi memadamkan kebakaran di wilayah Kampar, Riau. - GAMBAR AFP

INGIN maklumat mengenai jerebu?

Daripada melawat laman mikro jerebu bagi bacaan Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan memeriksa laman web berita untuk laporan berkaitan jerebu, kini anda boleh mendapatkan semua maklumat itu di www.hazetracker.org.

Laman web yang dirombak itu dilancarkan pada Isnin (3 Okt) oleh sebuah badan pemikir tempatan, Institut Ehwal Antarabangsa Singapura (SIIA).

Haze Tracker diperkenal pada Mei tahun lepas, tetapi menjalani rombakan $25,000 Ogos lalu untuk "mengisi jurang maklumat" dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap masalah jerebu yang rumit, kata SIIA.

Sebagai contoh, edisi lalu laman itu kebanyakkanya hanya menyusun laporan media mengenai jerebu daripada pelbagai laman berita.

Versi dirombak, bagaimanapun, termasuk bacaan PSI, maklumat mengenai lokasi yang munkin kebakaran dan data arah angin pada sebuah peta interaktif.

Peta itu juga membolehkan pengguna membandingkan kawasan tanaman dan tanah gambut sebenar, dengan sempadan konsesi sah yang diberi oleh pemerintah Indonesia.

Pengarah bagi program dasar SIIA, Cik Lee Chen Chen, berkata alat seperti Haze Tracker memudahkan mengesan punca pencemaran, memastikan mereka yang bertanggungjawab boleh dikenal pasti dengan lebih tepat.

Beliau menambah: "Mengumpul data tepat amat penting dalam memerangi jerebu, dan alat seperti alat kami ini membolehkan akauntabiliti besar."

Laman Haze Tracker juga menyediakan pautan ke kempen oleh pertubuhan bukan pemerintah.

Kumpulan sukarelawan Gerakan Rakyat bagi Hentikan Jerebu (PM.Haze), misalnya, mempunyai kempen yang menggesa orang ramai menandatangani petisyen meminta restoran menggunakan minyak sawit bebas jerebu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg