EMPAT wadah setempat yang mengumpul dana daripada orang ramai (crowdfunding) telah memberi komitmen mereka dalam usaha memastikan kesahihan usaha memungut derma yang dilakukan menerusi wadah masing-masing.

Laman Give.Asia, Giving.sg, Ray of Hope Initiative dan Simply Giving akan menggunakan Kod Amalan bagi Rayuan Mengumpul Dana Amal Dalam Talian dalam industri itu, yang dibangunkan bersama Pesuruhjaya Badan Amal.