SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Laman web yang jual baju renang dihiasi ayat Al-Quran beri alamat palsu

Laman web yang jual baju renang dihiasi ayat Al-Quran beri alamat palsu

Jun 22, 2022 | 11:49 PM

Laman web yang jual baju renang dihiasi ayat Al-Quran beri alamat palsu

Firma perakaunan, Corporate FinEdge Pte Ltd, telah meletakkan notis bagi menjelaskan yang ia tidak berkait dengan dua wadah yang menggunakan alamatnya, iaitu Playmate dan JammyJob.
Firma perakaunan, Corporate FinEdge Pte Ltd, telah meletakkan notis bagi menjelaskan yang ia tidak berkait dengan dua wadah yang menggunakan alamatnya, iaitu Playmate dan JammyJob. - FACEBOOK/CORPORATE FINEDGE PTE LTD

ALAMAT syarikat Singapura yang dikatakan menjual baju renang dihiasi ayat Al-Quran dan kalimah Allah didapati adalah palsu.

Alamat di Paya Lebar Road yang tertera di laman web syarikat itu rupanya dimiliki sebuah firma perakaunan.

Firma tersebut, Corporate FinEdge Pte Ltd, telah meletakkan notis bagi menjelaskan yang ia tidak berkait dengan dua wadah yang menggunakan alamatnya, iaitu Playmate dan JammyJob.

"Wadah-wadah dalam talian berikut telah menggunakan alamat perniagaan kami untuk melakukan operasi perniagaan dalam talian tanpa kebenaran firma kami. Firma kami ingi menjelaskan bahawa kami tidak berkaitan mahupun bersekutu dengan wadah-wadah (itu)," kata notis di laman Facebook firma tersebut.

Firma itu juga berkata ia telah membuat laporan polis tentang perkara tersebut.

Berita Harian menerima gambar notis tersebut sejurus selepas melaporkan tentang penjualan baju renang itu sebentar tadi.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg