Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

'Lampu isyarat' polis pantau keselamatan awam di Punggol Waterway

Dec 11, 2020 | 9:29 PM
Selain keupayaan komunikasi, Police Beacon juga mempunyai ciri amaran, seperti siren, pembesar suara dan lampu sorot.
Selain keupayaan komunikasi, Police Beacon juga mempunyai ciri amaran, seperti siren, pembesar suara dan lampu sorot. - Ariffin Jamar

POLIS sedang mencuba satu struktur teknologi baru dipanggil Police Beacon, yang akan menyokong operasi Polis di penghubung taman Punggol Waterway dan Sengkang Riveside. Dalam kenyataannya pada Jumaat (11 Dis), polis berkata Police Beacon bertujuan mempertingkat kehadiran polis, menambah akses ke perkhidmatan kecemasan dan memperbaiki tindak balas polis kepada mereka yang memerlukan bantuan di lokasi yang lebih terpencil. Selain keupayaan komunikasi, struktur itu juga mempunyai ciri amaran, seperti siren, pembesar suara dan lampu sorot. Ia juga mempunyai defibrilator luaran automatik (AED) dan polis akan menerima amaran apabila orang awam menggunakannya. Pegawai di pusat komand kemudian akan menilai keadaan dan mengerahkan perkhidmatan perubatan kecemasan yang diperlukan. Teknologi Police Beacon itu dibangunkan dengan kerjasama Agensi Teknologi dan Sains Home Team (HTX) sepanjang setahun lalu. Ia akan beroperasi selama satu tahun bermula Disember.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg