Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Landasan kemahiran kaunseling baru lakar laluan kerja bagi kaunselor

Nov 2, 2023 | 7:18 PM
SESI KAUNSELING: Seorang kaunselor berinteraksi dengan dua belia semasa sesi kaunseling yang diadakan.
SESI KAUNSELING: Seorang kaunselor berinteraksi dengan dua belia semasa sesi kaunseling yang diadakan. - Foto fail

Satu landasan kaunseling baru dalam rangka kerja kemahiran kebangsaan bagi sektor perkhidmatan sosial akan melakarkan laluan pekerjaan bagi kaunselor dan menyatakan kemahiran dan kebolehan yang diperlukan untuk setiap peranan.

Ia akan menerangkan peranan kerja bagi pelbagai peringkat kaunseling, daripada amalan dan pengurusan kepada penyelidikan.

Mengumumkan demikian pada Khamis (2 Nov), Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata landasan baru itu akan menyokong dengan lebih baik kaunselor dalam pembangunan kerjaya mereka dan membentuk program latihan untuk menangani keperluan sektor.

Untuk membantu kaunselor memperdalam kebolehan mereka, empat kemahiran khusus bagi kerjaya tersebut - pengawasan klinikal, penilaian kaunseling, intervensi kaunseling dan aplikasi teknologi dalam kaunseling – telah ditambah kepada rangka kerja itu, lapor The Straits Times.

Berdasarkan angka yang tersedia, bilangan kaunselor yang berdaftar dengan Persatuan Kaunseling Singapura meningkat daripada 940 pada 2020 kepada 1,240 orang pada 2022. Kakitangan penjagaan kesihatan profesional dan pekerja sosial lain turut menyediakan kaunseling sebagai sebahagian daripada kerja mereka.

Dilancarkan pada 2019, Rangka Kerja Kemahiran untuk Perkhidmatan Sosial membentangkan maklumat tentang peranan pekerjaan, kemahiran yang diperlukan dan program latihan bagi mereka yang ingin menyertai atau maju dalam sektor tersebut. Landasan lain di bawah rangka kerja itu termasuk kerja belia dan intervensi awal.

Encik Masagos berkata empat aspek itu dibangunkan sebagai respons kepada perubahan keperluan penduduk Singapura dan sektor perkhidmatan sosial. Sebagai contoh, terdapat permintaan yang lebih tinggi untuk kaunseling jarak jauh sejak pandemik Covid-19.

Banyak entiti, seperti Program Pemantapan Keluarga@Pusat Khidmat Keluarga yang dikendalikan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), telah mula menyediakan kaunseling melalui sembang langsung, e-mel dan panggilan telefon untuk meningkatkan kebolehcapaian bagi pelanggan, tambahnya.

Encik Masagos berkata demikian dalam ucapannya pada simposium kaunseling dan psikoterapi yang dianjurkan oleh SAC dan dihadiri oleh lebih 250 profesional kesihatan mental di Concorde Hotel Singapore.

“Kaunselor adalah kunci untuk menyokong individu dan menaikkan semangat keluarga,” katanya. “Hal ini amat ketara semasa pandemik (Covid-19), di mana ramai yang menghadapi perjuangan kesihatan mental, konflik keluarga atau tekanan akibat mata pencarian mereka terjejas.”

“Kaunseling ialah aspek utama rangkaian perkhidmatan sosial yang disediakan kepada penduduk kita, daripada kaunseling keluarga, kaunseling perkahwinan dan kaunseling belia, untuk membolehkan individu dan keluarga bangkit dan berkembang maju,” tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg