Topik diikuti
Pergi ke BHkuLanggar aturan selamat: 5 cawangan F&B diarah tutup; 36 individu disaman
Langgar aturan selamat: 5 cawangan F&B diarah tutup; 36 individu disaman
LIMA premis makanan dan minuman (F&B) telah diarah tutup manakala 16 premis lain dan 36 individu akan disaman kerana melanggar langkah pengurusan selamat.
Pelanggaran tersebut dikesan semasa pemeriksaan penguatkuasaan yang diperluas pada hujung minggu lalu, kata Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) dalam satu kenyataan pada Selasa (22 Dis).
Pengawasan yang dipertingkat ini akan dilanjutkan sepanjang beberapa minggu lagi sempena musim perayaan.
Dalam kenyataannya pada Selasa (22 Dis), Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) juga telah mengeluarkan perintah agar cawangan Cheers Up di 2 Havelock Road ditutup selama 10 hari dari 19 Dis hingga 28 Dis kerana ia mengizinkan pelanggan minum arak hingga selepas 10.30 malam pada 11 Dis lalu.
Apabila pegawai melaksanakan pemeriksaan susulan pada 18 Dis, mereka mendapati cawangan tersebut telah membolehkan pelanggan minum arak pada 11.15 malam.
URA mengeluarkan lagi satu perintah agar cawangan itu ditutup selama 20 hari dari 29 Dis hingga 17 Januari depan.