SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Langgar aturan selamat Covid-19: Lesen 8 kelab malam, niaga F&B ditarik balik

Langgar aturan selamat Covid-19: Lesen 8 kelab malam, niaga F&B ditarik balik

Oct 13, 2021 | 5:30 AM

Langgar aturan selamat Covid-19: Lesen 8 kelab malam, niaga F&B ditarik balik

DIARAH TUTUP: Club Mao di Oriental Plaza (kiri) dan HooHa Cafe di pusat beli-belah Viva Vista antara tempat yang diarah tutup selama antara 10 dengan 30 hari. - Foto-foto MAOBYBARCODE/FACEBOOK, HOOHASG/FACEBOOK
DIARAH TUTUP: Club Mao di Oriental Plaza (kiri) dan HooHa Cafe di pusat beli-belah Viva Vista antara tempat yang diarah tutup selama antara 10 dengan 30 hari. - Foto-foto MAOBYBARCODE/FACEBOOK, HOOHASG/FACEBOOK -

LESEN lapan kelab malam dan pusat makanan dan minuman (F&B) telah ditarik balik selepas mereka didapati kerap melanggar langkah pengurusan selamat, kata polis semalam.

Kesemua lapan pusat hiburan itu juga diarah tutup selama antara 10 dengan 30 hari dan mungkin dikenakan dakwaan serta notis komposisi kerana melanggar peraturan.

Pelanggaran itu termasuk menawarkan khidmat 'hostess', gagal memastikan saiz kumpulan tidak melebihi had perhimpunan sosial dan menawarkan permainan dadu dan pakau dalam premis yang dibenarkan itu.

Perbuatan tersebut diketahui semasa satu pemeriksaan penguatkuasaan yang dijalankan agensi pemerintah, kata pihak polis.

Pusat hiburan itu termasuk Club One Min di Hotel Concorde Hotel dan Pusat Beli-Belah, Club Mao di Oriental Plaza dan Kafe HooHa di Pusat Beli-Belah Viva Vista.

Para individu dan pengendali, yang didapati tidak mematuhi langkah pengurusan selamat di bawah Peraturan Covid-19 (Langkah Sementara) (Perintah Kawalan) 2020, boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda hingga $10,000 atau kedua-duanya sekali.

Orang awam dan perniagaan dinasihat agar mematuhi langkah pengurusan selamat dengan serius.

"Polis mempunyai sifar toleransi terhadap sikap tidak bertanggungjawab berkaitan dengan mereka yang melanggar peraturan dan pesalah akan dikenakan tindakan tegas sejajar dengan undang-undang," kata polis dalam kenyataannya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg