Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Langgar kereta, langgar syarat polisi insurans

Dec 1, 2022 | 5:30 AM
LANGGAR SYARAT INSURANS: Seorang pengguna yang melanggar syarat insurans kenderaan peribadinya gagal membuat tuntutan ke atas syarikat insuransnya. - Foto hiasan ISTOCKPHOTO
LANGGAR SYARAT INSURANS: Seorang pengguna yang melanggar syarat insurans kenderaan peribadinya gagal membuat tuntutan ke atas syarikat insuransnya. - Foto hiasan ISTOCKPHOTO -

SETELAH pulang lewat malam Encik J terlanggar beberapa kenderaan lain di sebuah tempat letak kereta. Akibat kemalangan itu keretanya rosak teruk.

Setelah kejadian itu berlaku, Encik J rasa kurang sihat dan terus pulang untuk berehat dan meninggalkan kereta di tempat kejadian. Keesokan hari Encik J menerima panggilan daripada Polis Trafik bahawa keretanya ditemui dan telah dibawa pergi.

Encik J kemudiannya mendapatkan semula keretanya, membuat pembaikan dan menuntut insurans. Apabila syarikat insurans membuat siasatan, mereka mendapati Encik J telah meninggalkan keretanya selepas kemalangan berlaku, beliau juga didapati menggunakan kereta itu untuk tujuan komersial sebagai kereta penghantaran.

Encik J juga tidak memaklumkan keretanya telah digunakan untuk tujuan perniagaan.

Justeru syarikat insurans memaklumkan Encik J bahawa beliau telah melanggar polisi insurans dan hilang hak membuat tuntutan insurans.

Encik J tidak berpuas hati atas respons syarikat itu lalu membuat aduan ke Pusat Huraian Pertikaian Institusi Kewangan (FIDReC).

Semasa proses pengantaraan, Encik J menjelaskan beliau melakukan pekerjaan bebas dengan sebuah syarikat penghantaran kerana isterinya kehilangan pekerjaan. Beliau juga tidak sedar tentang keperluan memberitahu syarikat insuransnya tentang penggunaan kereta privetnya bagi tujuan perniagaan.

Wakil syarikat insurans menjelaskan bahawa pemegang insurans kenderaan perlu berada berhampiran kenderaan selepas berlaku kemalangan.

Encik J juga didapati mempunyai insurans kenderaan privet namun beliau telah menggunakan keretanya untuk tujuan perniagaan.

Di proses pengantaraan Encik J menolak tawaran syarikat insurans, dan berkeras mahu membawa tuntutannya ke proses adjudikasi.

Semasa proses adjudikasi, adjudikator mendapati Encik J telah melanggar syarat polisi insuransnya dan syarikat insurans berhak menolak tuntutan yang dibuat.

Ekoran dapatan itu, tuntutan Encik J telah ditolak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg