Topik diikuti
Pergi ke BHkuLanggar peraturan Covid-19: 21 individu didenda, 2 F&B diarah tutup
Langgar peraturan Covid-19: 21 individu didenda, 2 F&B diarah tutup
SERAMAI 21 individu telah didenda $300 kerana melanggar peraturan Covid-19 di tempat makanan dan minuman (F&B), kata Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) pada Selasa (6 Oktober)
Antara kesalahan yang dilakukan termasuk pelanggan didapati tidak memakai pelitup setelah menjamu selera; bergaul dengan pelanggan di meja lain; dan duduk dalam kumpulan melebihi lima orang.
Dalam kenyataannya, MSE berkata pelanggaran peraturan tersebut dikesan di restoran Resorts World Sentosa, Boat Quay dan Clarke Quay.
Dua kedai F&B pula telah diperintah ditutup selama 10 hari, sementara 13 F&B lain didenda kerana melanggar peraturan Covid-19.
Dua cawangan yang diperintahkan ditutup itu ialah Tong Xin Ru Yi Traditional Hotpot dan Invincible Noodle House di Boat Quay.