SEORANG juruterbang warga Amerika Syarikat yang melanggar notis jangan keluar rumah (SHN) bulan lalu telah dijatuhkan hukuman penjara empat minggu hari ini (13 Mei).
Brian Dugan Yeargan, 44 tahun, yang mengaku bersalah atas kesalahan di bawah Peraturan Penyakit Berjangkit (Covid-19 - Arahan Jangan Keluar) 2020 Rabu lalu, tiba di Singapura dari Australia pada 3 April.
Dia diberikan pas melawat tempoh pendek selama 30 hari.
Dalam satu kenyataan awal, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata, Yeargan juga dikenakan perintah tetap dan tidak sepatutnya keluar dari tarikh ketibaannya hingga 17 April.
Namun, dia didakwa meninggalkan biliknya di Hotel Crowne Plaza Changi Airport pada 5 April dan menaiki MRT ke stesen City Hall, lapor The Straits Times.
Dia kemudian dikatakan berjalan ke pusat beli-belah Chinatown Point untuk membeli barang peribadi, meluangkan masa sekitar tiga jam secara keseluruhan di luar.
Mereka yang disabit melakukan kesalahan di bawah Akta Penyakit Berjangkit dan peraturannya boleh dipenjara hingga enam bulan dan didenda hingga $10,000 bagi setiap tuduhan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg