Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Langkah basmi Zika dilakukan di Simon Place

Mar 30, 2017 | 1:44 PM
HAPUSKAN PEMBIAKAN NYAMUK: Pengendali kawalan serangga perosak melakukan pengkabutan di kawasan Simon Place pagi tadi selepas kes Zika disahkan berlaku di kawasan itu. - Foto THE STRAITS TIMES
HAPUSKAN PEMBIAKAN NYAMUK: Pengendali kawalan serangga perosak melakukan pengkabutan di kawasan Simon Place pagi tadi selepas kes Zika disahkan berlaku di kawasan itu. - Foto THE STRAITS TIMES -

LANGKAH membasmi penularan virus Zika dilakukan dengan kakitangan pengawal serangga perosak dan pegawai dari Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) melakukan pengkabutan di Simon Place berdekatan Kovan di Hougang, pagi tadi.

Pasukan itu mula melakukan pengkabutan di laluan kaki lima dan longkang di kawasan tersebut sekitar 9.30 pagi.

Dua kes jangkitan Zika tempatan telah disahkan di Simon Place.

Kedua-dua mangsa adalah dari isi rumah yang sama dan kedua-dua mereka difahamkan tidak mengandung, menurut akhbar The Straits Times.

Beberapa penduduk di Simon Place berkata, mereka bimbang akan keadaan yang berlaku kerana beberapa kes denggi dilaporkan berlaku di kawasan itu.

Seorang pesara, Cik Paramaes Govin, 60 tahun, berkata tiga orang di rumahnya telah mengalami denggi sejak 27 tahun beliau menetap di kawasan itu.

"Masalah nyamuk agak buruk di sini - daun dan biji dari pokok jatuh dan membuat laluan air di bumbung tersumbat," katanya.

Tetapi menurut seorang suri rumah, Cik Jessie Tan, 65 tahun, "Saya tidak begitu prihatin kerana pengawal serangga perosak telah membuat semburan setiap dua bulan, dan kami tidak membuka tingkap di rumah."

[embed]https://youtu.be/m5WlOzTD3UA[/embed]

Menurut beberapa penduduk, NEA telah mengunjungi rumah mereka sejak dua hari lalu untuk memeriksa kemungkinan adanya tempat pembiakan nyamuk, dan mengagihkan botol kecil ubat penghapus serangga.

Ada juga mengambil langkah pencegahan tambahan, seperti menggunakan ubat nyamuk, lilin mengandungi minyak serai, ubat penghapus serangga dan koyok.

Seorang suri rumah, Cik Phang Yok Kuan, 62 tahun, berkata, beliau pastikan dua cucunya berusia 3 dan 5 tahun dilindungi dengan ubat penghapus serangga sebelum mereka ke sekolah setiap pagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg