Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Langkah Covid-19 terkini disiarkan bagi jelaskan rancangan sokongan kepada peniaga, pekerja sebelum pembukaan Parlimen: Indranee

Aug 23, 2020 | 9:48 PM
Parlimen akan dibuka secara rasmi esok manakala persidangan pertama bagi membahaskan isu-isu utama akan berlangsung pada 31 Ogos nanti.
Parlimen akan dibuka secara rasmi esok manakala persidangan pertama bagi membahaskan isu-isu utama akan berlangsung pada 31 Ogos nanti. - Foto Fail ST

Langkah-langkah Covid-19 terkini telah diumumkan menerusi siaran televisyen agar dapat memberi penjelasan kepada perniagaan dan pekerja tentang rancangan pemerintah untuk menyokong mereka sebelum pembukaan Parlimen, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Indranee Rajah.

Cik Indranee menambah, langkah-langkah itu akan tetap bergantung kepada penelitian parlimen dan pemerintah akan kekal bertanggungjawab.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat mengumumkan langkah terkini bernilai $8 bilion, bagi menolong rakyat Singapura di tengah-tegah pandemik Covid-19 dalam satu kenyataan menteri yang disiarkan pada Isnin lalu.

Pengumuman awal itu akan memberikan masa mencukupi untuk para Anggota Parlimen (AP) dan orang ramai memahami isi kandungan kenyataan itu menjelang persidangan Parlimen esok, menurut Cik Indranee, dalam posnya di Facebook pada Ahad (23 Ogos).

Kata beliau, meskipun Parlimen dibuka secara rasmi esok, namun tidak akan ada peluang menyampaikan kenyataan menteri semasa sesi itu sebab akan adanya penyampaian ucapan Presiden, upacara angkat sumpah AP dan pemilihan Speaker.

Persidangan pertama bagi membahaskan isu-isu utama akan diadakan pada 31 Ogos, dengan para AP akan membahaskan Ucapan Presiden.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg