Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Langkah kesan, kekang Covid-19 dipertingkat Penjara Changi

Jul 9, 2021 | 1:30 AM
Foto FAIL
Foto FAIL -

MENYUSULI penutupan kelompok jangkitan di Kompleks Penjara Changi, Perkhidmatan Penara Singapura (SPS) dalam kenyataannya pada Khamis (8 Julai) berkata semua 13 banduan yang dijangkiti Covid-19 telah pulih dengan pihaknya telah mengenalkan langkah lebih dipertingkat bagi mengesan dan mengekang Covid-19.

Kes indeks kelompok ini adalah lelaki 30 tahun yang bertugas sebagai cef di kompleks penjara itu dan diuji positif Covid-19 pada 13 Mei. Seramai 13 banduan yang terjejas berkongsi sel penjara dan bekerja di dapur penjara yang sama.

Sejak 7 Jun, SPS telah menggantikan rejim ujian pengawas, di mana 20 peratus kakitangan, penyedia khidmat dan sukarelawannya menjalani ujian rutin yang dijadualkan.

Kini, semua kakitangan, pengunjung dan sukarelawan yang memasuki premis penjara dan kerap berurusan dengan banduan dijadualkan menjalani ujian setiap dua minggu.

Mereka yang memasuki institusi penjara secara 'ad hoc' dan berurusan dengan banduan pula harus mengambil ujian pantas antigen sebelum memasuki penjara.

SPS akan menyambung semula kegiatan buat banduan secara bertahap-tahap melihat pada langkah dipertingkat yang dikenalkan.

Sebagai contoh, kunjungan maya atau 'tele-visit' telah disambung semula sejak 1 Julai dan sejak Isnin pula, program penyedia khidmat dan sukarelawan telah disambung kembali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg