Topic followed successfully
Go to BHkuLangkah keselamatan Covid-19 baru yang dijadual bermula 25 Feb ditangguh dek lonjakan jangkitan
Langkah keselamatan Covid-19 baru yang dijadual bermula 25 Feb ditangguh dek lonjakan jangkitan
Feb 24, 2022 | 1:02 PM
Langkah keselamatan Covid-19 baru yang dijadual bermula 25 Feb ditangguh dek lonjakan jangkitan

Sehingga Rabu, Singapura telah merekodkan sejumlah 642,605 kes Covid-19, dengan 963 kematian. - Foto fail BH -
“
TARIKH pelaksanaan perubahan kepada langkah pengurusan selamat Covid-19 sedia ada akan disemak semula, dengan tarikh baru akan diumumkan tidak lama lagi, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (24 Feb). Ini berikutan lonjakan dalam kes harian yang berlaku kini, dan "kerja terperinci" meneliti peraturan berbeza dalam penetapan berbeza, kata kementerian itu dalam satu kenyataan. Peraturan sedia ada akan kekal buat masa ini, tambahnya. Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 telah mengumumkan pada 16 Februari lalu bahawa langkah pengurusan selamat (SMM) sedia ada akan diperkemas untuk memudahkan semua orang memahami dan mematuhinya. Ia antara lain akan membenarkan kumpulan lima orang mengungi rumah pada satu-satu masa, perhimpunan sosial hingga lima orang di tempat kerja, pelarasan kepada SMM Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS) untuk kanak-kanak yang tidak divaksin berumur 12 tahun dan ke bawah, dan penyambungan semula sukan berpasukan. "Memandangkan langkah memperkemas ini melibatkan pindaan meluas kepada peraturan sedia ada yang terkumpul sejak dua tahun lalu, kami telah mengumumkan yang perubahan tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat, pada 25 Februari dan 4 Mac 2022," kata MOH dalam kenyataannya pada Khamis. "Memandangkan lonjakan dalam kes harian kini, dan kerja meluas dalam meneliti peraturan terperinci merentas penetapan berbeza, MTF telah menyemak perkara itu dan telah memutuskan untuk menyatukan dan menyelaraskan SMM sekali gus."
