UJIAN swab yang dijalanan secara rutin setiap dua minggu dan pengawasan air sisa secara teliti untuk memantau kesan koronavirus merupakan antara langkah yang dilaksanakan untuk memastikan usaha yang diperluas bagi membebaskan dormitori pekerja asing daripada Covid-19 tidak sia-sia.
Ini lebih-lebih lagi sedang kes Covid-19 baru kini dikesan di dormitori yang sudah pun dibersihkan sebelum ini, sekali gus menunjukkan bahawa kemenangan dalam mengatasi penyebaran virus tersebut di dormitori pekerja masih tidak menentu.
Kementerian Tenaga Manusia (MOH), Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA), Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dalam kenyataan bersama pada Selasa (11 Ogos) telah memberikan perincian beberapa "langkah kehidupan selamat" yang perlu dipatuhi majikan dan pekerja dalam beberapa bulan ini sedang kerja di sektor seperti pembinaan, laut dan proses dimulakan semula. Ini termasuk mewajibkan pekerja untuk melaporkan suhu badan mereka dan sekiranya mereka menghidapi sebarang simptom pernafasan akut menerusi sebuah aplikasi dua kali sehari.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg