Langkah MOM, Mindef tangani isu vape
Aug 28, 2025 | 7:27 PM
Penggunaan vape dilarang di Singapura sejak 2018, tetapi penularan Kpod telah mendorong pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lebih ketat. Mulai 1 September, etomidate akan disifatkan sebagai Dadah Kelas C di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah (MDA) selama enam bulan. - Foto fail
Singapura akan memperketatkan undang-undang dan penguatkuasaan bagi membendung penyalahgunaan vape dan etomidate di sini.
Bagi memperkukuh tindakan terhadap aktiviti sindiket, kesalahan di bawah Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Penjualan) (TCASA) dan Akta Racun (PA) akan disenaraikan ke dalam Akta Jenayah Terancang (Oca) dan Akta Bahaya Jenayah Dalam Talian (Ocha).
Kesalahan di bawah TCASA juga akan disenaraikan ke dalam Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Berat Lain (Rampasan Faedah).
Kementerian Pertahanan (Mindef)
- Anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan dikenakan tindakan berasingan di bawah undang-undang tentera.
- Hukuman terdiri daripada denda hingga penahanan di Kem Tahanan SAF, dan anggota tetap SAF boleh diberhentikan daripada perkhidmatan.
- Anggota SAF juga akan diwajibkan menjalani program pemulihan mandatori.
- Pegawai tetap Home Team yang menyalahgunakan etomidate berisiko diberhentikan, manakala anggota Perkhidmatan Negara (NS) Home Team boleh dikenakan denda, penurunan pangkat, atau penahanan.
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA)
- Warga asing yang didapati memiliki vape akan dikenakan rampasan vape dan denda komposisi.
- Pemegang pas lawatan jangka pendek yang berulang kali melakukan kesalahan akan dihalang daripada memasuki semula Singapura selepas keberangkatan.
- Warga asing yang didapati memiliki atau menggunakan vape dengan etomidate atau yang didapati positif untuk etomidate melalui ujian boleh dibatalkan pas atau kemudahan imigresennya, serta akan dihantar pulang dan dihalang daripada memasuki Singapura semula.
Kementerian Tenaga Manusia (MOM)
- Mereka yang memegang pas lawatan jangka panjang atau kemudahan imigresen, seperti Pas Pekerjaan, Pas S, dan Pas Kerja, juga boleh dibatalkan pas atau kemudahan imigresennya jika melakukan kesalahan kali ketiga, dan dilarang masuk.
Laporan berkaitan
Pemerintah akan tingkat kesedaran awam tentang bahaya vape Aug 28, 2025 | 4:35 PM
Sebatan, penjara lebih lama jika import, edar etomidate mulai 1 SepAug 28, 2025 | 3:04 PM

