Topik diikuti
Pergi ke BHkuLangkah pastikan wang hasil derma dalam talian negara tidak disalah guna

-
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Aug 16, 2017 | 5:30 AM
PLATFORM derma dalam talian negara bakal memperkenal langkah memastikan wang yang dikumpul digunakan dengan bertanggungjawab, menyusuli perdebatan ekoran usaha crowdfunding (mengumpul dana daripada orang awam) yang mencecah jumlah enam angka.
Ciri terbaru ini akan bermula hujung tahun ini apabila Giving.sg yang dikendalikan Pusat Sukarelawan dan Dermawan Nasional (NVPC) mula menjadi hos acara mengumpul dana oleh kumpulan bukan mengaup untung Initiatif Ray of Hope (ROHI) yang mewakili para individu.
