Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MOH: Langkah pengurusan keselamatan perlu diteruskan selepas tempoh pemutus litar

May 9, 2020 | 3:19 PM
IMBAS KOD QR: Seorang pelanggan sedang mengimbas kod QR sebelum memasuki sebuah cawangan NTUC FairPrice.
IMBAS KOD QR: Seorang pelanggan sedang mengimbas kod QR sebelum memasuki sebuah cawangan NTUC FairPrice. - - Foto ONG WEE JIN

BAGI mengurangkan risiko penularan apabila sekatan mula dilonggarkan secara beransur-ansur, semua perniagaan dan individu perlu mematuhi langkah dan meneruskan amalan baik yang akan mengurangkan keperluan berinteraksi secara berpanjangan.

Dalam satu kenyataannya semalam, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata, langkah pengurusan keselamatan yang baik seperti berhubung dalam talian, mengelakkan pertemuan, dan pembasmian kuman di permukaan dan peralatan yang sering digunakan harus diteruskan.

"Di tempat kerja, para kakitangan harus mengelakkan semua interaksi sosial dengan rakan sekerja mereka, termasuk semasa waktu makan dan rehat ...Amalan kebersihan asas seperti duduk di rumah ketika berasa kurang sihat, dan mengamalkan kebersihan tangan dan peribadi mesti diteruskan, " kata MOH lagi.

Dalam pada itu, kementerian itu turut berkata perniagaan dan perkhidmatan yang beroperasi perlu menggunakan teknologi SafeEntry untuk mencatat daftar masuk pekerja dan pelawat bagi membantu usaha penjejakan kontak.

Sehingga kini, SafeEntry telah digunakan di lebih 16,000 premis.

"Tanggungjawab sosial sangat penting dalam mengekang penulanran Covid-19. Walaupun langkah-langkah pemutus litar dilonggarkan secara beransur-ansur, kita semua harus terus duduk di rumah sebanyak mungkin, dan mengurangkan pergerakan di luar rumah.

"Setiap individu harus mengekalkan amalan yang baik dan mematuhi langkah jarak yang selamat, dan perniagaan juga harus menerapkan langkah pengurusan yang selamat, agar kita dapat kembali menjalani kegiatan seharian dengan selamat dan secara bertahap dalam kita menamatkan tempoh pemutus litar ini," kata MOH lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg