Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Langkah pengurusan selamat, ujian Covid-19 sewaktu Forum Bloomberg

Nov 18, 2021 | 5:30 AM
LANGKAH SELAMAT BERJALAN LANCAR: Gambar menunjukkan salah satu lokasi bagi ujian ART Covid-19 yang terletak di Sentosa Beach Station yang dikhaskan bagi pihak media dan kakitangan acara tersebut. - Foto BH oleh JUSTIN ONG
LANGKAH SELAMAT BERJALAN LANCAR: Gambar menunjukkan salah satu lokasi bagi ujian ART Covid-19 yang terletak di Sentosa Beach Station yang dikhaskan bagi pihak media dan kakitangan acara tersebut. - Foto BH oleh JUSTIN ONG -

LANGKAH-LANGKAH pengurusan selamat serta ujian Covid-19 bagi Forum Ekonomi Baru Bloomberg (NEF) yang bermula semalam berjalan dengan lancar bagi sekitar 300 pemimpin perniagaan dan pemerintah antarabangsa di hotel Capella, Sentosa.

Acara itu merupakan sebahagian daripada skim perintis yang dilaksanakan pemerintah Singapura mulai minggu ini untuk mula membenarkan perhimpunan lebih besar bagi peserta yang sudah divaksin dan telah menjalani ujian awal.

Ia membantu mewujudkan rangka yang dapat menunjukkan bagaimana acara seperti itu dapat dilakukan, kata ketua perhubungan global Bloomberg Media, Brian Strong.

"Protokol dilaksanakan dengan tegas dan dengan cara terbaik- untuk menjaga keselamatan semua," katanya.

Kesemua peserta antarabangsa dan tempatan perlu divaksin penuh dan menjalani ujian rapid antigen (ART) percuma oleh penganjur di tujuh lokasi ujian seluruh negara.

Pihak media pula diminta menjalani ujian mereka di tempat letak kereta Sentosa Beach Station.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg