Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Langkah perketat sempadan S'pura-India: Sokongan diberi kepada firma terjejas dengan aliran tenaga kerja

Apr 22, 2021 | 9:12 PM
SOKONGAN BAKAL DIBERI: Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, memberi jaminan pihaknya akan memberi sokongan kepada firma binaan, kelautan dan proses yang terjejas kerana isu tenaga kerja asing dari India dengan langkah memperketat sempadan Singapura dengan negara itu. - Foto AFP/ROSLAN RAHMAN
SOKONGAN BAKAL DIBERI: Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, memberi jaminan pihaknya akan memberi sokongan kepada firma binaan, kelautan dan proses yang terjejas kerana isu tenaga kerja asing dari India dengan langkah memperketat sempadan Singapura dengan negara itu. - Foto AFP/ROSLAN RAHMAN -

MENTERI Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, akur langkah memperketat sempadan Singapura dengan India yang baru diperkenalkan demi keselamatan bersama, akan membawa impak pada tenaga kerja dalam sektor binaan, kelautan dan proses.

Namun, beliau memberi jaminan pihaknya akan bekerjasama dengan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), pemaju swasta dan syarikat binaan bagi meninjau bagaimana projek rumah, pejabat dan ruang komersial ini boleh dikembalikan secara selamat pada landasannya.

Encik Lee mencatat pengamatannya mengenai isu ini di Facebook pada Khamis (22 April).

Menurutnya, langkah yang diambil pemerintah bagi melarang kedatangan pemegang pas lawatan jangka panjang dan pengunjung jangka pendek dari India adalah satu keperluan bagi mengurangkan risiko satu lagi gelombang jangkitan berlaku di dormitori di samping melindungi pekerja dan juga masyarakat awam.

"Dengan aliran pekerja terjejas, kemajuan projek binaan mungkin menjadi perlahan dengan firma di sini juga mungkin berdepan dengan cabaran memenuhi batas waktu yang ditetapkan. Kami tahu ini akan membawa impak bagi sektor-sektor ini dengan kami akan mengumumkan langkah sokongan.

"Kami akan bekerjasama dengan persatuan perdagangan di dalam sektor Sekitaran Terbina bagi menyokong firma di sini mengharungi tempoh getir ini serta membantu mereka dalam proses transformasi.

"Bagi pembeli hartanah pula, mereka juga akan prihatin dengan kemungkinan rumah baru, pejabat baru atau ruang komersial mereka tertunda lagi. Kami akan bekerjasama dengan HDB, pemaju swasta dan syarikat binaan bagi meninjau bagaimana projek ini boleh dikembalikan secara selamat pada landasannya," jelasnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg