Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Langkah sekatan pergerakan jejas kesihatan mental

May 9, 2020 | 12:30 PM
JEJAS KESIHATAN MENTAL: Talian 'hotline' Penjagaan Nasional, yang disediakan bagi menawarkan sokongan tambahan menyaksikan lebih 6,600 panggilan diterima sehingga hujung bulan lalu sejak dilancarkan pada 10 April.
JEJAS KESIHATAN MENTAL: Talian 'hotline' Penjagaan Nasional, yang disediakan bagi menawarkan sokongan tambahan menyaksikan lebih 6,600 panggilan diterima sehingga hujung bulan lalu sejak dilancarkan pada 10 April. - - ILUSTRASI BH oleh CEL GULAPA

LANGKAH sekatan pergerakan dan kebimbangan akan penularan koronavirus, apabila menyaksikan kes positif semalam mencapai 21,707 dan jumlah kematian pula mencapai 20 kes sejauh ini, memberi kesan kepada kesihatan mental ke atas penduduk di Singapura, lapor akhbar The Straits Times hari ini.

Talian 'hotline' Penjagaan Nasional, yang disediakan bagi menawarkan sokongan tambahan menyaksikan lebih 6,600 panggilan diterima sehingga hujung bulan lalu sejak dilancarkan pada 10 April.

Kira-kira 40 peratus panggilan ini disalurkan ke sukarelawan terlatih bagi menawarkan bantuan kecemasan psikologi.

Daripada jumlah tersebut, sepertiga atau kira-kira orang - memerlukan bantuan khusus dan telah disalurkan ke pusat kaunseling atau talian khas.

Cik Vivienne Ng, ketua psikologi di Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga, akui langkah pemutus rantaian jangkitan yang berpanjangan boleh memberi kesan ke atas kesihatan mental.

Ini termasuk kesan psikologi yang disebabkan oleh pengasingan sosial, tentangan ke atas pihak berkuasa dan ketegangan keluarga.

Beliau lebih prihatin kepada meningkatnya kemurungan di kalangan orang bagi jangka sederhana dan jangka panjang jika kemelesetan ekonomi berlarutan.

Perangkaan juga menunjukkan bahawa warga emas yang mempunyai masalah kesihatan dan terasing dari masyarakat lebih terdedah, tetapi kesannya tidak begitu ketara bagi mereka tanpa masalah kesihatan mental sebelum ini. - The Straits Times.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg